Kata-Kata Inspirasi

Para Peminat

Saturday, July 04, 2009

Sekitar Gerai di Hari Terbuka OUM Kelantan

Assalamualaikum para pengunjung blog MariBaca. Semoga kalian semua dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Sebagaimana yang kalian tahu, hari ini kakchik berada di tapak gerai sempena Hari Terbuka OUM Kelantan.

Oleh kerana kakchik agak letih maka kakchik akan tinggalkan kalian dengan beberapa keping gambar semasa di gerai siang tadi.


Khemah OUM - pengunjung dijemput mendaftar sebagai pelajar OUM dengan beberapa keistimewaan seperti pengecualian yuran proses dan sebagainya.


Suasana di gerai kami. Adik sudi membantu kakchik - alhamdulillah, nasib baik hari ni dia cuti, senang sikit kerja kakchik. Terima kasih Dik.


Antara pelanggan yang awal.


Mengambil peluang bergambar sebaik selesai menyusun-atur buku.


Kakchik pun mesti mahu merakamkan kenangan.

Syukur ke hadrat Ilahi, walaupun pengunjung tidak seramai di pesta buku tapi jualan kami agak laris. Ada sedikit keuntungan dan bolehlah kami melunaskan baki hutang dengan penerbit buku.

Terima kasih OUM kerana telah memberikan kami peluang untuk menjadi peserta pameran. Terima kasih juga atas cenderahati yang diberikan.


Cenderahati dari OUM.


Ketua Pendaftar OUM, Pn. Kamariah Mohd. Nor datang dari KL dan diminta menyampaikan hadiah kepada para peserta gerai pameran-jualan. Sebenarnya dialah yang menghantar surat tawaran Dermasiswa Dekan kepada kakchik.

OUM, tahun depan jemputlah lagi ya.

Friday, July 03, 2009

Menyertai Hari Terbuka OUM Kelantan



Assalamualaikum semua. Sekadar makluman. Insya-Allah MariBaca akan menyertai Hari Terbuka OUM Kelantan yang julung kali diadakan. Kami telah menerima jemputan dari pihak OUM untuk membuka gerai sempena program tersebut. Terima kasih OUM kerana memberi kami peluang yang bermakna ini. Tambahan pula kakchik sendiri adalah pelajar Sem 8 kursus DECE di OUM.

Walaupun agak terlewat makluman ini tapi kakchik INGIN MENJEMPUT PARA PENGUNJUNG MARIBACA TERUTAMA YANG BERADA DI KELANTAN KHUSUSNYA DI KOTA BHARU untuk sama-sama berkunjung ke OUM Kelantan esok. Makluman penuh program ada dalam gambar di atas.


Pagi tadi kakchik telah menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh Dato' Pengarah sendiri mengenai program esok. Sebelum balik kakchik sempat melihat tapak gerai yang masih dalam persiapan.

JUMPA DI OUM ESOK YA!

Sunday, June 21, 2009

CD untuk 3 Tahun ke Bawah


My First Song Book and CD
Harga RM25.90
Mengandungi sekeping audio CD, sebuah buku lirik.
Terdapat 42 buah lagu yang sememangnya biasa didengarkan kepada anak-anak sejak dulu. Rekabentuk kotak yang memudahkan simpanan dan membawanya.



Barry & Harry English
Harga RM70.00
Mengandungi 3 keping VCD yang sangat menarik dan menyeronokkan.
Kanak-kanak boleh menonton, menyanyi dan membaca melalui VCD ini.




Barry & Harry Mathemathics
Harga RM70.00
Mengandungi 3 keping VCD yang sangat menarik dan menyeronokkan.
Kanak-kanak boleh menonton, menyanyi dan membaca melalui VCD ini.


Sunday, June 14, 2009

Dari Penulis Andrea Hirata

Rangkaian novel hasil tulisan Andrea Hirata yang telah pun memecahkan panggung di Indonesia dengan filem adaptasinya Laskar Pelangi. Dapatkan semuanya dari MariBaca.


Sang Pemimpi
Harga RM26.00 (SM) RM29.00 (S/S)


Edensor
Harga RM26.00 (SM) RM29.00 (S/S)


Laskar Pelangi
Harga RM28.00 (SM), RM31.00 (S/S)

Thursday, June 11, 2009

Buku untuk Bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ini kakchik nak kongsikan beberapa buah buku istimewa yang amat SESUAI untuk BAYI di bawah usia 2 TAHUN. Walaupun agak mahal tapi jangan khuatir kerana ia jenis tahan lasak. Boleh dihisap, diketuk, dilempar atau pun dibawa mandi kecuali buku dari jenis BOARD.


Funtime Bath Book - HIPPO
Buku bersalut plastik, sesuai dibaca bersama anak yang hendak mandi, sedang mandi atau selepas mandi.
Harga = RM20.90


Baby Buddy - BABY ANIMALS
Jenis bahan bacaan yang boleh dikepit atau digantung pada katil bayi.
Dai bahan jenis kayu.
Harga = RM35.00



Frankie the Frog
Washcloth Puppet Book

Jenis kain tahan lama.
Harga = RM 43.90



Doris the Duck
Washcloth Puppet Book

Jenis kain tahan lama.
Harga = RM 43.90


Natural Baby - SLEEP
Board Book
Harga = RM30.00


Natural Baby - EAT
Board Book
Harga = RM30.00


Natural Baby - SPLASH
Board Book
Harga = RM30.00


Natural Baby - PLAY
Board Book
Harga = RM30.00


Eric Carle's ABC
Kulit berspan di dalam tebal
Harga = RM25.90

sponsor

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP